Jiran aku ni si bangang. Setiap malam, dia akan letak kereta dia depan-depan pintu gate saya. I tak tahu dia kerja kat mana tapi dia selalu balik pukul 3 pagi. Pada masa itu, dah tak ada tempat kosong untuk letak kereta dia lagi. So, dia just parking kereta dia depan rumah aku. Esok, dia akan belah pada pukul 2 petang!
Dia duduk rumah bachelor disebelahrumah aku. I banyak kali ketuk pintu gate dia orang tapi dia orang tak pernah sambut. Sekali dua, aku bertemu dengan bachelor lain yang tinggal dalam rumah itu tapi mereka berkata dia orang semua tak kenal satu sama lain so tak boleh tolong aku panggil si bangang itu.
Aku banyak-banyak kali bubuh notis kat kaca depan kereta dia tapi di tak hirau. Then, I bubuh notis minta handphone nombor dia supaya I boleh call dia tapi dia buang notis itu atas tanah. Sekali dua, aku berjumpa dengan dia dan bagi tau dia straight ke muka dia supaya jangan parking depan rumah aku lagi. Beberapa hari kemudian, dia akan ulang parking kereta depan gate saya lagi!
So I telefon MBPJ. I terangkan masalah aku dan operator tu jokingly tanya, “Kenapa tak pecah dia punya gelas?”
Kalau boleh, memang aku nak pecahkan kaca kereta dia. Si bangang itu dah block pintu pagar aku untuk 10 bulan! Aku memang dah cukup sabar dengan dia!
Operator MBPJ suruh aku sabar. Dia akan hantar pegawai untuk saman kereta dia.
Sebenarnya, orang tidak boleh letak kereta dimana-mana tempat kosong kecuali dipetak yang disediakan oleh MBPJ. Saman ialah RM30.00 tapi kalau tak bayar, ia akan naik RM100.00.
Engkau percaya tak? Si bangang masih letak kereta dia blocking gate aku! Nah, tengok berapa banyak saman dia kena:
So I complain lagi sekali kat MBPJ dan kali ini mereka suruh saya buat report polis. Lepas dah buat report, polis datang rumah aku dan nampak kereta si bangang parking depan-depan rumah aku. Masa itu aku tak ada dirumah. Jiran saya yang lagi sebelah keluar dan bincang dengan polis. Si bangang pernah letak kereta depan gate jiran sebelah saya tapi dia takut nak mengadu kepada pihak berkuasa.
Polis pasang lampu siren biru dan ketuk gate si bangang. Dia tak keluar. So polis bagi tahu jiran saya bahawa mereka akan kembali pada masa lain. Then, mereka pun pergi.
Sebaik sahaja polis pergi, si bangang cepat-cepat keluar dan alih kereta dia!
Lepas itu, dia tak pernah letak kereta dia didepan gate rumah aku lagi.
Saya memang cuba berbaik-baik dengan jiran-jiran saya tapi si bangang ini memang tak tahu cara nak hidup muhibah dalam sebuah komuniti. Jadi, sekarang dia kena bayar saman RM1000.00.
Sumber: Pepper Lim via aliffchannel
No comments:
Post a Comment