Blog Archive

loading...

Sunday, 21 May 2017

Housemate Aku Ni Kat Luar Bukan Main MELAWA. Tapi Kat Rumah PENGOTOR Sangat !!!

Aku nak confess pasal aku ni dah gaya macam the chosen one dtg uni belajar tp sambil-sambil tu aku hapuskan taik org yg tak flush. Aku harap gadis-gadis yg belajar kat universiti yg kononnya belajar tinggi ni please act mcm org belajar tinggi. Belajar tinggi bukan bermaksud kau fikir kau suci tp taik sendiri kau jijik. Tp dah kau buat taik tu pandaila flush. Kau yg aku tujukan ni, aku pun tak tahu sape. Yelah kalau taik sendiri dia tak flush, korg rasa dia nak ke mengaku tu taik dia.#
1
Kes ni jd kat kolej aku. Aku stress sgt. Sebab hidung aku kembang. Lubang hidung aku luas. Dengan bulu hidung yg tak berapa nak lebat. So korg paham-paham la aku ni sensitif bau. Walaupun pd mulanya, aku nak ignore je, tp bau menyucuk sampai termuntah dibuatnya. Mana nak tahan kalau aku masuk toilet sebelah tp bau tu menguasai hidung aku. Sebab ada beza tau bau busuk toilet yg standard punya toilet, dgn bau toilet yg tak bersih, bau taik dan bau hancing.#
Aku takde nak kecoh tp ni kali kedua kau buat fiil tak berilmu mcm tu. Aku sgt tak faham. Apa masalah kau. Tu taik kau kot. Kalau kau jijik dengan taik kau, kau assume org tergila-gila taik kau ke. Org lain lg la jijik. Dah tu kau nak harapkan makcik cleaner ke? Kalau macam tu mindset kau, aku rasa better kau quit je uni. Belajar tinggi-tinggi tp perangai tak semenggah. Pengotor. Ni kalau kau jenis melawa kat luar aku tak tahu nak cakap apa.#
Hari tu masa first time jadi, aku la yg hapuskan taik kau yg gedabak tu. Sebab aku fikir kalau aku tak buat, sape yang sudi bersihkan dan entah sampai bila bende tu kat situ. Aku sgt terseksa dgn bau taik kau. Aku taknak la makcik cleaner terseksa. Diorg memang dtg bersihkan kawasan dan diorg pun baya-baya mak kita. Hormat sikit. Kita termasuk kau pun tak suke kan kalau kene bersihkan taik org. Eh salah pulak, kau taik sendiri pun tak flush, inikan pulak taik org. Haha.#
loading...
Lepas tu kalau kau malas sgt nak flush taik sendiri, aku nasihatkan kau jangan makan. Sebab kau ni pandai makan, pandai berak tp sayang tak berapa cerdik nak flush. Oh ye maybe kau ni penjimat tahap gaban. Kot ye pun kau nak jimat air tangki tu jgn bongok sangat. Kita bukan bayar bil air kolej pun. Kau tak payah nak poyo sangat sampai org lain terseksa penglihatan dan deria bau.#
Pastu dah tahu taik kau tu gedabak. Pandai-pandai la nak hidup. Aku tak larang kau untuk berak. Suka hati kau la nak berak taik gedabak ke apa. Lepas berak tu fikir la mcm mana cara sekalipun so that taik kau yg gedabak tu lepas bila flush. Bukan apa kalau tak lepas sebab besar, kau guna la paip air, pancut taik kau, apa masalah kau. Paip tu memang dicipta salah satu untuk tujuan-tujuan sebegitu la. Cerdik sikit. Jangan dah kau flush tak lepas. “Ala tak hilang la”.. pastu blah tinggal mcm tu.#
Lepas tu dah wujud org mcm aku yg sanggup bersihkan taik kau, jgn la kau seronok pulak. Berak lg pastu tinggal. Aku dan yg lain ni bukan pencacai kau.#
Aku risau macam mana la kau kawin nanti. Kalau taik sendiri kau jijik. Kalau taik anak kau nanti mcm mana. Kau nak biar je bontot baby tu ada kulat dan sebagainya sebab perangai kau yg suka menjijik tak kena tempat. Maybe ada org akan terfikir, takkan la ada org hidup sampai mcm tu. Yes ada. Aku dah tengok secara live kehidupan org yg pengotor. Dalam hati membuak-buak rasa nak bersihkan. Nak nasihat lebih-lebih ibarat masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Sebab benda tu dah sebati dgn diorg. Diorg selesa dgn keadaan yg kotor mcm tu. Yg jd mangsa anak dan cucu. Kesian tau. Jadi disebabkan kita ada pelajaran tolong la kebersihan pun seiring. Come on. Aku harap kau pegang kata-kata ni, “taik tu aku yg hasilkan, aku la uruskan, kubur kita kan asing-asing”. Sebab manusia yang tak boleh terima teguran kan suka guna ayat kubur asing-asing. Gitu.#
Satu lg aku takut satu hari nanti kau masuk paper, “seorang wanita ditemui lemas dalam lautan najis di rumahnya semalam”. Ha kan dah viral pulak. Dah habis imej kau nanti. Lagi-lagi kalau media tak blur kan muka kau.#
So sebelum terlambat. Baik kau dengar teguran aku. Aku faham manusia buat kesilapan tp belajar la dari kesilapan tu, bukan lari. Lepastu, aku tak salahkan sistem penghadaman kau. Ye lah mana kita boleh control kan nak berak mcm mana, kentut nak bau mcm mana. Tp sebab sekilas aku tengok (habis ilmu aku melayang tahu tak) dah gaya macam sebulan tak berak, aku nasihatkan makan la sayur-sayuran dan buah-buahan banyak sikit.#
Housemate Aku Ni Kat Luar Bukan Main MELAWA. Tapi Kat Rumah PENGOTOR Sangat !!!Korang Pasri Terkejut Housemate Aku Ni Kat Luar Bukan Main MELAWA. Tapi Kat Rumah PENGOTOR Sangat !!!Korang Pasri Terkejut Reviewed by Dreamgirl

No comments:

Post a Comment

loading...
LIKE PAGE KAMI UNTUK BERITA TERKINI Button Close