Blog Archive

loading...

Wednesday, 24 May 2017

Ini Dia 9 Perkara Paling 'Basic' Anda Kena Tahu Bila Pergi Servis Kereta Sebelum Raya....


  • Tak semua orang tahu atau mahir dalam selok-belok kereta, walaupun orang itu berkereta. Setuju?

    • Mengaku sajalah, ramai yang hanya tahu pandu kereta tanpa mengetahui sedikit pun tentang bahagian teknikal kereta yang mereka pandu itu.

      Bila tanya pasal bahagian dalam enjin, mesti susah nak jawab. Bila tanya pasal minyak pelincir dan perkara-perkara lain yang basic sekalipun belum tentu ramai boleh bagi jawapan dengan betul.
       says.com
  • Sempena nak Raya ni, apa kata ambil tahu sedikit tentang petua dan tips servis untuk pastikan kereta berada dalam keadaan selamat. Bukan susah pun!

    • Ada beberapa perkara mustahak yang WAJIB untuk setiap pemilik kereta ambil tahu seperti tayar, enjin, radiator, brek, dan lain-lain lagi. Teruskan baca di bawah:
       says.com
  • 1. Tayar

    • Tayar merupakan antara komponen paling utama dalam memandu. Periksa dulu keempat-empat tayar sebelum balik kampung dan pastikan tayar masih elok dan "sihat". Kalau tayar dah botak, segeralah tukar. Tayar yang botak boleh mengakibatkan tayar pecah atau meletup ketika memandu. Sangat merbahaya dan memang susah nak pandu terutamanya ketika hujan dan jalan licin.
       says.com
  • 2. Radiator

    • Apa yang biasa orang isi ke dalam tangki radiator?

      Air.

      Ya, memang air. Tujuannya adalah untuk menyejukkan bahagian radiator dan enjin yang panas. Rasanya semua orang pun tahu, kereta akan menjadi panas dan perlukan angin atau coolant untuk menyejukkan enjin.

      Nak lagi best, apa kata isikan coolant sepenuhnya ke dalam tangki radiator. Kita boleh nampak sendiri perbezaannya dari segi kelancaran aircond serta enjin, malah penggunaan bahan api juga lebih jimat!
       says.com
  • 3. Enjin

    • Biasanya, kereta akan dihantar servis setiap 10,000 kilometer. Tapi untuk Hari Raya, apa salahnya kalau tukar minyak hitam dan oil filter dan invest sedikit wang untuk servis bahagian enjin. Maklumlah, kita bakal tempuhi perjalanan yang jauh, jadi penting untuk pastikan enjin dalam keadaan tip-top.

      Untuk prestasi terbaik, gunakan minyak pelincir Shell Helix. Shell Helix dengan PurePlus Technology merupakan minyak pelincir sintetik pertama di dunia yang direka khas daripada sumber gas asli bagi memberikan prestasi enjin yang tahan lebih lama.

      Maklumat lanjut sila rujuk di sini.
       says.com
  • 4. Brek

    • Setiap kali pandu kereta, mesti kita akan gunakan brek untuk memperlahankan kenderaan. Penting untuk pastikan brake pads masih tebal. Kalau sudah haus, cengkaman brek akan jadi tidak kuat dan sekaligus boleh mudah terbabas. Brake disc pun boleh rosak disebabkan kurang support daripada ketebalan brake pads.
       says.com
  • 5. Aircond

    • Untuk aircond, kereta baru mungkin tak ada apa-apa masalah. Tapi kalau kereta dah lebih 3 tahun, seelok-eloknya pergi periksa. Paling kurang dapat juga tukar filter atau masukkan gas. Mana boleh bawak kereta tak ada aircond kat Malaysia ni.
       says.com
  • 6. Balancing and alignment

    • Bukan setakat tayar, balancing and alignment tayar pun penting. Kedudukan pusingan tayar yang betul, tidak bengkok, sama seimbang dan selari dengan stereng kereta akan menjadikan pemanduan lebih selamat dan selesa. Tak mahal, dalam RM50 je bila servis. Kalau rim tayar bengkok, nak drive pun rasa tak selamat.
       says.com
  • 7. Segala lampu yang ada pada kereta

    • Yang ini straight to the point. Lampu merupakan antara komponen terpenting dalam pemanduan selamat. Pastikan semua lampu berfungsi dan menyala. Periksa satu per satu lampu. Jangan malas.
       says.com
  • 8. Tayar spare

    • Tayar spare ada dalam kereta tak? Kalau ada, pastikan tayar itu ada angin dan boleh digunakan. Sia-sia je kalau bawa tayar spare tapi tak boleh pakai. Tayar inilah yang akan jadi penyelamat sekiranya sesuatu buruk berlaku kepada tayar kereta anda di tengah perjalanan.
       says.com
  • 9. Air wiper

    • Inilah antara perkara paling senang tapi ramai yang lupa nak buat. Sebelum nak berjalan jauh, pastikan si air sampai penuh ke dalam tangki wiper. Boleh juga isikan air sabun supaya cermin kereta lebih bersih dan licin. Kuranglah sedikit bunyi bising ketika sedang pasang wiper. Kan lebih selesa.
       says.com
  • Sempena Hari Raya, Shell akan beri diskaun sebanyak RM30 untuk servis dengan Shell Helix

    • Shell ingin pastikan perjalanan balik kampung anda lebih selamat dan sejahtera, dengan prestasi kereta pada tahap tertinggi. Nikmati diskaun RM30 dengan servis kereta menggunakan minyak pelincir Shell Helix pada musim Raya ini. (Tertakluk pada terma &
      syarat)

      Maklumat lanjut sila layari www.shell.com.my/helixraya.
       says.com
  • Dengan Shell Helix, perjalanan balik kampung anda sekeluarga pasti lebih selamat, tenang, dan ceria!

No comments:

Post a Comment

loading...
LIKE PAGE KAMI UNTUK BERITA TERKINI Button Close