Blog Archive

loading...

Saturday, 20 May 2017

Misteri Katil Kosong Dan Kes Bunuh Diri Di Pusat Matrikulasi Di Selatan Tanah Air

Pusat Matrikulasi Kolej XXX di selatan tanahair. Terletak di berdekatan dengan sebuah tasik. Sebenarnya Kolej ini telah lama dibina. Rekabentuk bangunan yang unik dengan tangganya berpusing (Spiral) hingga tingkat paling atas.
Bangunan asramanya juga adalah bangunan lama dan penuh dengan pelbagai cerita-cerita di sebalik batch demi batch pelajar yang menginap di bangunan asrama itu.
Salah satu peristiwa hitam yang pernah berlaku di bangunan asrama itu adalah seorang pelajar lelaki yang menggantungkan dirinya pada kipas dan meninggal di dalam bilik itu. Kalau ikut cerita daripada mulut ke mulut bilik tersebut telah ditutup takut ada gangguan kepada pelajar lain.
1998 adalah tarikh aku melangkah masuk ke alam Matrikulasi. Yer…aku dapat KXS. Masa masuk ke KXS aku tidak tahupun semua sejarah yang pernah berlaku. Sehinggalah semester pertama selesai. Cerita demi cerita mula disampaikan dari mulut ke mulut.
Asrama lelaki cuma ada dua blok sahaja. Bangunan asramanya adalah dua tingkat. Seperti biasa lelaki ke menara gading memang sikit. Asrama perempuan pula besar dan ada 5 tingkat tidak silap aku.
Bilik yang berkunci tidak berpenghuni di asrama lelaki itu memang ada. Biliknya di tingkat bawah berkunci dan dijadikan stor untuk menyimpan katil dan tilam-tilam.
Ikut kata makcik Dewan Selera memang itulah bilik dimana kejadian bunuh diri itu berlaku. Ada masa kipas dalam bilik berkunci itu ‘on’ secara tiba-tiba dan kipas yang berpusing dalam bilik itu bekeriuk bunyinya mungkin sebab sudah uzur atas sudah rosak.
Suasana KXS ini memang nyaman sebab dikelilingi oleh pepohon besar pokok-pokok yang telah berpuluh tahun usianya. Memang redup dan sedikit berbukit kawasan KXS ini. Apabila tiba waktu senja memang akan timbul rasa seperti bukan kami sahaja yang menghuni kawasan di ‘lake garden’ itu.
Bilik aku…
Yer bilik aku terletak di tingkat satu paling hujung sekali. Sebelah bilik aku hanya ada kawasan lapang dan pohon pokok besar yang ditanam sebaris di sepanjang pagar kawasan asrama di atas bukit. Pandangan tingkap pula meninjau kawasan belakang asrama dan ampaian kain.
Setiap bilik akan ada 3 orang penghuni. Namun aku dapat bilik ‘special’. Cuma ada dua orang sahaja. Aku dan Hirman. Namun bilik itu tetap ada 3 katil. Maksudnya bilik kami memang ada extra katil tidak bertuan. Kenapa yer bilik aku dan Hirman hanya untuk dua orang sedangkan bilik rakan-rakan lain semuanya dengan 3 orang roomate?
Aku tak fikir apa-apa masa tu. Aku enjoy dapat bilik yang lapang dan tidak sempit kerana hanya aku dan hirman sahaja sebagai roomate. Malah ada satu locker kosong juga. Aku dan hirman decide untuk guna sama katil kosong dan locker yang ada.
Tempoh pengajian Matrikulasi yang aku ambil cuma setahun sahaja. Maksudnya ada 2 semester. Aku ingat lagi masa semester pertama ketika minggu orientasi ada satu malam ini ustaz buat program di surau selepas Maghrib membawa ke waktu selepas Isyak untuk kami semua warga baru KXS bersama-sama membaca surah Al-Baqarah dan habis membacanya beramai-ramai pada malam itu juga. Masa itu semua pun budak baru. Ikut sahaja tanpa banyak soal.
Masa berlalu dengan pantas. Semester pertama sudah ditempuhi. Tinggal satu semester lagi untuk kami semua melangkahkan diri ke menara gading.
Namun untuk menempuh semester kedua ini…..hmmmm
Pelbagai pula peristiwa yang kami rakan-rakan lelaki dan perempuan lalui semasa berada di kolej itu.
Dimulakan dengan pada satu malam jeritan sambung menyambung daripada penghuni asrama putri. Masa itu jam 2pagi. Kami kaum lelaki di asrama putra cuba berkumpul dan ingin melihat apakah yang berlaku. Kelihatan warden sibuk keluar masuk asrama putri. Rasanya ingin membantu tapi tidak dibenarkan oleh warden bertugas malam itu.
Lama juga peristiwa itu berlaku. Hingga jam 5 pagi baru selesai. Pagi itu ada beberapa orang pelajar perempuan tidak ke kelas. Rupanya peristiwa histeria berlaku. Kesihan juga pelajar perempuan yang diganggu pada malam itu.
Bagi kami kaum lelaki kejadian malam itu tidak memberi kesan ketara buat kami…mungkin sebab lelaki, macho sikit dan tidak gentar berdepan lembaga berbulu dan berantai seperti yang dikatakan oleh budak-budak perempuan sekelas dengan kami.
Rupanya mereka ini telah dikacau setiap malam oleh lembaga itu yang berjalan di koridor mereka setiap malam dengan bunyi seretan rantai dilantai. Yang melihat lembaga itu menceritakan ia besar berbulu, gelap dan tidak berwajah. Ada juga antara mereka yang pernah kena tindih dengan lembaga itu.
Aku dengar jer. Caya tak caya jer cakap geng perempuan dalam kelas aku.
Hidup rutin asrama aku macam biasa, pagi ke kuliah, petang ke kelas petang, petang bermain di padang yang kecil depan asrama, malam pergi prep dan balik basuh baju sikit sebelum kembali ke bilik untuk stay up study.
Mesti korang tertanya-tanya kenapa aku basuh baju malam hari. Sebab tempat membasuh baju terhad. Kalau waktu biasa kadang-kadang berebut. So aku buat kerja malam hari.
Sekitar pukul 11 malam. Aku berseorangan di dalam tandas untuk membasuh baju. Adakalanya aku rasa seperti ada orang yang sedang perhatikan aku dari bilik tandas paling hujung itu.
Aku toleh-toleh juga. Tapi tiada siapa. Namun riuh rendah rakan-rakan lain diluar yang menanti jam 12 malam untuk ‘light off’ buat aku sedikit berani dan tidak berasa takut membasuh baju sorang diri dalam tandas itu. Lagipun ada jer rakan-rakan yang keluar masuk menunaikan hajat sebelum masuk tidur.
Masa ‘light off’ cuma boleh buka ‘study lamp’ sahaja. Selalunya aku dan hirman akan stay up sikit sehingga pukul 1 atau 2 untuk mengulangkaji pelajaran. Al-maklumlah aku dan hirman bukan ‘gifted student’ yang belajar last minute pun boleh skor. Kadang-kadang belajar di meja dan kadang-kadang atas katil.
Masa study tu memang akan berhadapan dengan tingkap. Tapi tak nampak apa pun sebab gelap diluar tu. Setakat nampak ampaian dengan baju-baju yang disedai sahaja. Ada masa aku rasa ada sesuatu yang melihat kami disebalik kain-kain bersidai di ampaian itu.
Bila ditoleh dan dipandang betul-betul tiada apa-apa pun. Kawasan KXS itu sebelah malam memang berangin sikit. Nyaman jer dan tidak perlu aircond. Kadang-kadang aku rasa memang ada kelibat yang lalu dihadapan tingkap itu ketika aku dan Hirman sedang study. Tapi aku tidak pernah pula bersuara atau berbincang dengan Hirman berkaitan perkara ini walaupun dia juga merasakan perkara yang sama.
Oh yer, Hirman ini memegang jawatan Ketua Pelajar masa aku di KXS. Ada masanya Hirman balik lewat sikit sebab ada meeting Persatuan Pelajar after prep. Aku tinggal berseorangan di dalam bilik. Tapi aku sentiasa rasa ada seseorang dalam bilik itu. Terutama di katil kosong dalam bilik aku itu. Walau bagaimannapun setakat hari itu aku tidak pernah pula ternampak kelibat berbaring di katil itu.
Setiap pagi seperti biasa selepas solat subuh semua pelajar akan bergegas untuk bersiap-siap ke kelas. Semua tergesa-gesa dan selalunya tidak sempat nak kemas-kemas bilik. Kemas sikit-sikit dan kumpulkan mangkuk bekas maggie yang dinikmati malam tadi dan cawan bekas milo di hujung sudut meja. Ini amalan biasa sejak semester pertama lagi. Nanti balik after makan tengahari baru aku basuh mangkuk dan cawan kotor itu. Hirman pun begitu juga.
Selalunya aku akan keluar bilik dahulu. Aku sentiasa pesan kepada Hirman;
“Man ko jangan lupa kunci bilik kita…nanti ada barang hilang pulak…dah la bilik kita paling hujung”
Begitulah pesan aku setiap pagi kepada roomate aku.
Hirman memang amanah orangnya. Sebab aku balik setiap hari memang bilik berkunci. Setiap pelajar ada kunci bilik masing-masing. Namun ada satu perubahan ketara yang aku lihat berlaku pada Hirman ini semenjak masuk semester kedua. Hirman menjadi seorang yang rajin.
Maksud aku rajin sebab setiap kali aku balik ke bilik selepas makan tengahari aku lihat bilik kami telah berkemas. Katil yang kemas dan cadar yang tertarik tegang. Bukan katil Hirman sahaja, katil aku pun Hirman kemaskan. Katil yang kosong itu pun kemas juga. Semua mangkuk dan cawan juga telah dicuci. Wow baik sungguh Hirman semenjak masuk semester kedua ini. Yelah, diakan ketua Pelajar. Memang patut menjadi contoh.
Pada suatu malam. Malam hujung minggu, selalunya aktiviti bebas. Ada yang ke kelas ada yang hanya lepak bilik. Masa tu aku dan hirman lepak dalam bilik jer sambil membelek-belek buku.
“Man aku nak ucapkan thank you kat ko” teriak aku kepada Hirman.
“kenapa pula…thank you for what?” jawab Hirman.
“yelah ko tolong kemas bilik, katil dan meja study everyday. Aku balik tengahari jer semua dah tersusun rapi…apa yang buat ko jadi rajin ni Man?”
“Ko biar betul An (Nama singkatanku). Aku pun nak tanya ko the same thing. Aku ingat ko balik after lunch dan tolong kemaskan katil aku dan katil kosong ni sekali”
“Ko jangan bergurau Man, bukan aku yang kemas”
“Aku pun tak kemas. Ko pun tahu aku mana sempat nak kemas pagi-pagi tu. After ko keluar bilik pergi ke kelas aku pun keluar camtu jer and kunci pintu”
Masa tu kami berpandangan antara satu sama lain dan mula merasakan sesuatu tidak kena.
Tetiba meremang jer bulu roma dan kami melihat kepada katil kosong yang kemas dengan cadar yang tertarik tegang itu.
“Man, ko ada nampak apa-apa ker dalam bilik kita” Aku memberanikan diri bertanya dengan hirman malam tu
“Real nampak tak ada lah. Tapi aku rasa macam ada orang memerhatikan kita” Jawab Hirman.
“Aku pun rasa camtulah”
“Habis camna ni An….seram aku”
“esok kita jumpa ustaz”
Malam tu aku dan Hirman both tidak lena tidur. Meremang jer bulu roma. Mata kami asyik memandangkan katil yang kosong itu dan melihat sekali sekala ke arah tingkap. Malam itu sungguh lama rasanya. Akhirnya subuh pun menjelma. Dengan pantas aku terus ke surau dan diikuti rakan bilik aku, Hirman.
Pagi itu aku bisik pada Hirman.
“Man, kita buat macam biasa. Jangan kemas bilik kita”
Man bersetuju dan faham dengan plan aku.
Pagi itu masa rehat pukul 10 pagi aku dan Hirman terus ke bilik guru untuk berjumpa dengan Ustaz Yusuf. Setelah menceritakan semuanya kepada Ustaz Yusof, beliau secara spontan bersuara kecil;
“Dia kembali dah kembali semula”
“Apa ustaz?” teriak aku
“Tak ada apa-apa. Kamu berdua duduk bilik nombor berapa yer?”
Hirman menjawab “Bilik nombor 25, bilik paling hujung tingkat bawah”
“OOOO patutlah. Awak sebilik dua orang sahajakan”
Dengan pantas aku menjawab “Yer ustaz. Mana ustaz tahu?kenapa bilik kami jer berdua?”
Kelihatan Ustaz semakin gelisah dan muka serba salah apabila aku mula bertanya berkaitan bilik aku dan Hirman.
“Jom kita ke bilik kamu berdua”
Aku dan hirman pun bawa Ustaz Yusof ke bilik kami.
Yer betul jangkaan aku.
“Ustaz tengok, kemaskan bilik kami?” teriak aku kepada ustaz
Hirman pula menyampuk; “Yer Ustaz, saya keluar pagi tadi saya tidak kemas satu benda pun dan cadar katil pun tidak tegang camni”
“Hmmmmm….”keluh ustaz…
Ustaz bagaikan telah mengetahui sesuautu
“Man, ko kumpulkan semua pelajar lelaki dan perempuan di surau untuk solat Maghrib dan Isyak malam ni…Prep malam ini dibatalkan. Namun pastikan semua wajib ke surau malam ini” arahan ustaz kepada Hirman sebagai Ketua Pelajar.
Malam itu seperti yang diarahkan semua pelajar lelaki dan perempuan berada dalam surau ditingkat atas dewan selera. Selepas solat Sunat Ba’diah Magrib Ustaz mencapai mikrofon dan membuat pengumuman;
“Seperti yang telah diadukan kepada kami, ustaz dan warden yang bertanggungjawab di Kolej ini atas kes-kes yang dialami oleh rakan-rakan kamu berkaitan gangguan makhluk Allah sejak kebelakangan ini…maka malam ini kita berkumpul untuk membaca surah Al-Baqarah seperti mana kita pernah lakukan dahulu ketika baru masuk ke kolej ini…Ini ikhtiar kita agar Allah melindungi kita dan menjauhi kita daripada sebarang gangguan”
Peerrrghhh meremang bulu roma bila ustaz buat pengumuman macam itu. Seoalah-olah ustaz, warden dan guru-guru yang hadir bersama-sama malam itu telah lama mengetahui kewujudan mahluk Allah ini yang akan mengganggu para penghuni kolej itu setiap tahun.
Malam itu kami dibahagi-bahagikan beberapa kumpulan tadarus untuk membaca secara berjemaah surah Al-Baqarah. Setelah selesai membaca surah tersebut ustaz membacakan doa. Panjang juga doa yang dibacakan Ustaz Yusof malam itu.
Setelah selesai solat Isyak yang dilewatkan itu Ustaz berpesan agar tidak perlu berasa takut kerana ia juga Mahluk Allah. In Shaa Allah, Allah melindungi kita semua kata ustaz.
Kami putra dan putri penghuni KXS malam itu balik ke bilik dengan perasaan bercampur-campur. Perasaan seram, takut dan ingin tahu apakah perkara sebenar yang telah berlaku sehinggakan mahluk ini datang mengganggu.
Tapi bagi situasi aku dengan Hirman, aku rasa tidak diganggu malah dibantu. Namun menyedari ia bukan manusia membuat aku dan rakan sebilik aku takut juga untuk tidur dalam bilik kami malam itu.
Mungkin atas faktor kepenatan aku dan Hirman tertidur juga amalm itu dalam bilik kami. Bila bangun pagi Alhamdulillah seperti biasa. Masa aku hendak keluar bilik aku cuma memberi arahan lisan kepada Hirman agar tidak mengemaskan bilik kami. Saja hendak lihat adakah bilik kami masih akan kelihatan kemas apabila balik selepas makan tengahari nanti.
Ternyata bilik kami kelihatan seperti mana kami tinggalkan pada awal pagi tadi.
“Man lihat bilik kita…Alhamdulillah”
“Alhamdulillah An…tapi tak best la pulak dah tak ada siapa nak bantu kita kemaskan bilik ni”
“Ko ni man, aku sanggup kemaskan untuk ko janji bukan…”
Semenjak hari itu sehingga kami tamat pengajian matrikulasi di KXS, tiada lagi gangguan berlaku di asrama putra dan putri. Bilik kami bersepah seperti biasa. Rahsia cerita disebalik gangguan itu masih kekal menjadi rahsia antara Ustaz dan warden-warden di situ…
Aku pernah terfikir,mungkinkah katil kosong itu milik pelajar yang membunuh diri tersebut? dan biliknya sebenarnya bukan bilik stor simpan katil dan tilam, namun bilik bernombor 25…?
Nota:
Cerita ini cuma rekaan semata-mata dan tiada sebarang kaitannya antara individu yang masih hidup atau telah meninggal dunia. Hanya untuk bahan bacaan santai sahaja. Don’t take it seriously. Semua sekolah asrama ada ceritanya masing-masing. Tapi tak adalah sehingga menjejaskan sesiapa. Sekadar mengenang kisah lama zaman matrikulasi yang best bersama-sama rakan-rakan.
Jangan takut, tiada apa yang seramnya di Kolej itu kecuali x bersedia untuk ambil exam, Sekian Terima Kasih

kredit : TaikoTai

No comments:

Post a Comment

loading...
LIKE PAGE KAMI UNTUK BERITA TERKINI Button Close