BAYI lelaki yang hanya dibalut
dengan suratkhabar ditemui di dalam tong sampah di hadapan rumah
penduduk di Taman Temerloh Jaya, Temerloh, hari ini menurut laporan Metro Harian..
Bayi
seberat kira-kira 2.5 kilogram itu ditemui seorang penduduk ketika
pulang dari menunaikan solat Subuh dari masjid, 6.20 pagi tadi.
Penduduk, Khairuddin Yaakob, 56, berkata, bayi cukup sifat itu ditemui jirannya yang kebetulan melalui hadapan rumahnya.
"Sebaik
dimaklumkan saya terkejut bayi yang dipercayai baru dilahirkan ada
dalam tong sampah dan saya terus mengeluarkannya dan membersihkannya.
"Malam tadi saya ada dengar bunyi
seakan tangisan bayi dan keluar memeriksa tong sampah ini sekitar 11
malam namun tidak menemui bayi ini. Ketika itu saya menyangka mungkin ia
bunyi anak kucing," katanya ketika ditemui di rumahnya.
Menurutnya, bayi itu mengalami luka di bahagian kanan kepalanya dipercayai terkena sisa sampah tajam.
Katanya, dia terus memaklumkan kejadian itu kepada polis.
Sementara
itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri Datuk Raja Shahrom Raja
Abdullah berkata, bayi itu kini ditempatkan di Hospital Sultan Haji
Ahmad Shah untuk menjalani pemeriksaan.
"Saya
dimaklumkan keadaan bayi itu dilaporkan stabil dan kita percaya bayi
berkenaan baru dilahirkan sebelum dibuang berdasarkan keadaannya yang
masih mempunyai tali pusat.
"Justeru, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian ini diminta tampil memaklumkan kepada polis," katanya.-Pen Merah Press
No comments:
Post a Comment