Blog Archive

loading...

Monday 29 May 2017

Ada Pihak Tertentu Sebarkan , Kerana Tidak Tahan Nabil Tampil Dedahkan Sebabnya

Pelawak popular Nabil Ahmad telah diduga ketika ini.Nabil yang kini hebat sebagai pengacara telah diceroboh privasinya.Dia selalu menerima panggilan dan gangguan daripada individu tidak dikenali melalui telefonnya.Akhirnya mengambil keputusan untuk menukar nombor telefon peribadinya.
Menurut Nabil, nombor telefonnya serta beberapa rakan artis lain telah disebarkan oleh pihak tertentu di internet.Antara selebriti lain yang turut terkena ialah Lisa Surihani.Nabil berkata, dia sudah memaklumkan nombor telefon abrunya kepada semua klien dan rakan media secara peribadi. 

Ini pendedahan dari Nabil:
"Saya syak nombor telefon saya sudah diketahui umum dan ia disebarkan oleh pihak tertentu di internet sejak beberapa bulan lalu. 
"Saya sayang untuk tukar kerana ia adalah nombor telefon untuk kerja dan semua klien saya tahu nombor ini. Dalam pada itu, saya juga tidak tahan sering menerima panggilan daripada kanak-kanak. 
"Mereka juga masukan saya dalam grup WhatsApp tertentu, bukan saya sahaja, ada beberapa artis lain termasuk Lisa Surihani juga mengalami perkara sama,"
"Saya sudah hantar mesej kepada semua kenalan saya dan beritahu tentang nombor yang baru ini. Saya harap kerja saya berjalan lancar. 
"Kalau tidak tukar macam-macam gangguan datang terutamanya pada waktu malam,"

Kesian Nabil dan rakan artis lain. Memang teruk perangai orang yang dedah nombor selebriti ni. Kita yang biasa-biasa ni kadang-kadang annoying juga kena add sana sini , tahu-tahu memory phone penuh dengan gambar dan beratus mesej masuk . - www.kakishare.my

No comments:

Post a Comment

loading...
LIKE PAGE KAMI UNTUK BERITA TERKINI Button Close