Blog Archive

loading...

Tuesday 30 May 2017

Sampai hati...Bayi Lelaki Berbalut Dengan Suratkhabar Ditemui Di Dalam Tong Sampah Di Hadapan Rumah Penduduk Di Temerloh..


BAYI lelaki yang hanya dibalut dengan suratkhabar ditemui di dalam tong sampah di hadapan rumah penduduk di Taman Temerloh Jaya, Temerloh, hari ini menurut laporan Metro Harian..

Bayi seberat kira-kira 2.5 kilogram itu ditemui seorang penduduk ketika pulang dari menunaikan solat Subuh dari masjid, 6.20 pagi tadi.



Image may contain: 1 person
Penduduk, Khairuddin Yaakob, 56, berkata, bayi cukup sifat itu ditemui jirannya yang kebetulan melalui hadapan rumahnya.
Image may contain: 1 person, closeup

"Sebaik dimaklumkan saya terkejut bayi yang dipercayai baru dilahirkan ada dalam tong sampah dan saya terus mengeluarkannya dan membersihkannya.
"Malam tadi saya ada dengar bunyi seakan tangisan bayi dan keluar memeriksa tong sampah ini sekitar 11 malam namun tidak menemui bayi ini. Ketika itu saya menyangka mungkin ia bunyi anak kucing," katanya ketika ditemui di rumahnya.

Image may contain: 1 person

Menurutnya, bayi itu mengalami luka di bahagian kanan kepalanya dipercayai terkena sisa sampah tajam.


Katanya, dia terus memaklumkan kejadian itu kepada polis.



Image may contain: one or more people, people standing, tree, sky, crowd and outdoor

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri Datuk Raja Shahrom Raja Abdullah berkata, bayi itu kini ditempatkan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah untuk menjalani pemeriksaan.

"Saya dimaklumkan keadaan bayi itu dilaporkan stabil dan kita percaya bayi berkenaan baru dilahirkan sebelum dibuang berdasarkan keadaannya yang masih mempunyai tali pusat.


"Justeru, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian ini diminta tampil memaklumkan kepada polis," katanya.-Pen Merah Press

No comments:

Post a Comment

loading...
LIKE PAGE KAMI UNTUK BERITA TERKINI Button Close